Bintang Selangor mengumumkan persaraan dari bola…

Penyokong puji tindakan Selangor FC turunkan 2 import ‘kad merah’, bantu ‘adik’ pesta gol benam Sabah….

Penyokong Selangor menerima khabar gembira daripada Malaysian Football League (MFL) bagi aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Umum mengetahui bahawa MFL telah mengenakan 4 hukuman kepada Gergasi Merah susulan penarikan diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih tempoh hari.

Perkara itu bagaimanapun telah dipertimbangkan semula dengan beberapa hukuman telah pun dibatalkan oleh MFL.

Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) hari ini telah menggunakan budi bicara untuk mempertimbangkan semula keputusan yang dibuat pada 24 Jun 2024 ke atas Selangor FC.

Hal ini susulan ketidakhadiran kelab itu ke perlawanan sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei 2024.

SKUAD muda Selangor FC bangkit daripada kekalahan di tangan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dengan membelasah Sabah FC II dalam aksi terbaharu Piala MFL.

Gergasi Merah yang dibimbing Abdifitaah Mohd Hassan memasang impian untuk menduduki tangga keempat Piala MFL yang dihuni Terengganu FC II.

Manakala Sabah mahu menamatkan penantian kemenangan pertama selepas empat perlawanan.

“Pertimbangan semula ini dibuat sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Antara perubahan yang dibuat oleh MFL ialah pengurangan denda daripada RM100,000 ke RM60,000 dan juga pemotongan tiga (3) mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025 dibatalkan.

Denda lebih tegas boleh dikenakan kepada Selangor FC sekiranya dengan kes akan dibawa ke jawatankuasa tatatertib.

Antara perkara yang menggembirakan penyokong Gergasi Merah ialah apabila larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dibatalkan.

Situasi ini menggembirakan penyokong The Red Giants selepas penonton dibenarkan untuk menghadiri perlawanan tersebut.

Walau bagaimanapun, bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL dikekalkan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *